Meskipun sudah bahagia dengan pasangan dan mempunyai keluarga baru, namun kemelut antara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Salleh belum berakhir.
Menerusi perkongsian terbaru, Izreen menyebut nama Intan Salleh serta mengajak untuk bertemu menyelesaikan perb4lahan antara mereka yang saling berbalas kenyataan di media sosial.
“Kali ni meh la kita jumpa. Aku nak rekod sesiap supaya takdak plot twist cerita. Okay. Jom jumpa Intan Saleh. Ni aku ajak terus depan-depan. Bawa suami sekali Kita coffee-coffee. berani kerana benar,” tulisnya.
Sementara itu, Izreen turut mengataka. jika benar bekas madunya sudah move on sudah pasti tidak akan membuat hantaran yang menyentuh pihaknya di media sosial.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca perbal4han antara mereka namun masing-masing ada menyebut perihal ‘aib’ namun tidak mendedahkan perkara sebenar.
Sebelum ini, perkongsian Intan menjadi perhatian apabila memuat naik status di Insta Story meluahkan rasa terkilan pada seorang individu.
Menerusi perkongsiannya itu, Intan mendakwa individu tersebut masih sibuk dengan halnya meskipun dia sudah berkahwin sejak setahun lalu.
Malah, Intan mendakwa individu tersebut bercerita mengenai dirinya pada pengikut serta rakan-rakannya. Intan juga bertanyakan apakah yang individu mahukan sebenarnya.
Sumber : Gempak