Perg0lakan rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana sememangnya telah diketahui umum. Mana tidaknya, dia yang mengesahkan telah bernikah dengan Ira Kaza di Thail4nd menuai mak1an netizen.
Walau bagaimanapun, Syamsul dilihat tetap tenang dan tidak memberikan sebarang kenyataan selepas mengesahkan sudah bernikah dengan anak kepada aktor senior, Kazar Saisi.
Kongsi gambar kedua-dua isteri
Menerusi hantaran terbaru Syamsul di Instagramnya, pengarah tersohor itu telah memuat naik gambar pernikahan sewaktu menikahi Puteri Sarah dan juga Ira Kaza.
Dalam kapsyen yang disertakan, dia meminta agar kedua-dua isterinya bersabar dan bertenang termasuklah memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mereka.
View this post on Instagram
Minta doa yang terbaik
Perkongsian ringkas itu dibuat selepas hampir seminggu kisah rumah tangganya menjadi perhatian media termasuklah pelbagai kecaman dari netizen.
Ahli keluarga Syamsul juga turut memberikan kenyataan dengan mengakui kecewa setelah mengetahui dia bernikah di Thailand tanpa pengetahuan keluarga.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Syamsul Yusof telah menikahi Puteri Sarah Liyana pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Namun, pada minggu lalu, anak kepada penerbit filem, Datuk Yusof Haslam itu memaklumkan yang dia telah bernikah dengan Ira Kaza iaitu wanita yang dikaitkan menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Puteri Sarah di Thailand dengan berwalikan bapa kandung Ira, Kazar Saisi.
Sumber: Instagram Syamsul Yusof
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri