Tidak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini ramai wanita yang terkesan dari segi emosi apabila mendapat tahu pengarah sensasi, Syamsul Yusof telah selamat bernikah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar, baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, kebanyakkan rakan artis pelakon Puteri Sarah banyak memberikan kara-kata semangat buat wanita itu untuk terus tabah dalam menghadapi kemelut rumah tangga yang dialaminya pada ketika ini.
Pun begitu, baru-baru ini, menerusi ciapan yang diamuat naik oleh pelakon Eyra Hazali di laman Twitternya telah berjaya menarik perhatian ramai.
Dalam ciapan terbabit, pelakon yang berusia 23 tahun itu seakan meluahkan rasa kecewanya dengan memaklumkan tiada istilah orang kedua dalam sesuatu hubungan jika seseorang benar-benar menyayangi insan yang dicintainya.
“Kalau betul sayang, pasti tiada yang kedua,” ujarnya ringkas.
View this post on Instagram
Setuju dengan Eyra!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Eyra dan tidak perlu membuka ruang dan pintu kepada orang lain.
Sekadar info, Eyra Hazali selamat mendirikan rumah tangga bersama Haziq pada 1 November 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hayder Qhalish dan Endra Haqimie.
View this post on Instagram
Sumber: Twitter @EyraHazali21
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.