Pelakon Lufya Omar menyokong keputusan Puteri Sarah yang mahu berpisah dengan suaminya disebabkan gagal untuk menjadi ketua keluarga yang baik selepas setahun dirinya disekat di media sosial.
Menerusi komen yang diberikan oleh Lufya di laman Instagram Puteri Sarah, dia berharap agar sahabatnya itu membuat titik noktah yang sewajarnya bagi mengelakkan dia dan anak-anak menjadi bahan fitn4h dalam kalangan netizen di alam maya.
Jelasnya, dia mahu agar Puteri Sarah dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan fokus untuk merangka masa depan anak-anaknya dengan lebih baik.
“Buat titik noktah sepenuhnya sayang. Jangan layan ‘drama’ ini lagi. Awak dan anak-anak bukan mainan media. Hidup dengan tenang dan fokus rangka masa depan anak lebih baik sayangku.
“Biarkan dorang dalam dunia yang sementara ini. Tak mahu tengok awak dan anak jadi bahan fitn4h lagi Sarahku sayang. Keep Your faith in Islam, Allah dan Rasul, ” komen Lufya.
Sebelum ini, Puteri Sarah telah membuat keputusan dengan meminta suaminya, Syamsul Yusof ‘melepaskan’ dirinya kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa untuk keluarga.
Malah, difahamkan juga, sehingga kini Puteri Sarah masih disekat oleh suaminya itu dan disebabkan itulah dia mengalami kesukaran untuk berbincang dengan Syamsul berkenaan kemelut rumah tangga yang dialami mereka pada ketika ini.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram @puterisarahliyana
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.