Sejak semalam, tular di media sosial apabila portal Mstar memuat naik beberapa video memperlihatkan pelakon dan penyanyi terkenal, Aliff Aziz di kelab malam.
Bersama wanita misteri?
Dia juga dilihat berada bersama wanita misteri serta sedang menikmati minuman sambil mendengar muzik yang dipasang di kelab malam itu.
@mstarmalaysia Wahhh, Aliff Aziz tengah shooting drama ke tu? #BeritaDiTikTok #mStar ♬ original sound – mStar Official
Sedang berlakon drama
Walau bagaimanapun, ramai yang membuat andaian bahawa dia sedang menjayakan pengambaran walaupun tidak ada sebarang kamera terlihat sewaktu video tersebut dirakam secara sembunyi-sembunyi.
Susulan daripada tularnya rakaman terbabit, rakan dan juga pelakon yang sama-sama terlibat dalam pengambaran drama dengan Aliff telah tampil menjelaskan keadaan sebenar.
Menurut Shahidan Izwan, video terbabit adalah sewaktu pengambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah dan dia juga terlibat ketika video itu dirakam.
Minum air gas sahaja
Tambahnya lagi, minuman yang berada di dalam gelas dipegang Aliff adalah air berkabonat dan bukanlah alkoh0l seperti didakwa.
Perkongsian tersebut pastinya melegakan banyak pihak terutamanya peminat selebriti asal Singapura itu.
Mana tidaknya, ramai yang menyangkakan Aliff kembali ‘buat perangai’ seperti sebelum ini sehingga namanya dipandang negatif.
Namun, setelah melalui beberapa fasa dalam kehidupan, penyanyi dan pelakon tersebut dilihat lebih matang dan membawa imej positif sehingga kembali mendapat tempat dalam industri seni di Malaysia.
Sumber: TikTok Mstar, Instagram Shahidan Izwan
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.