Sikap setia Edika Yusof kembali tular, isteri suruh kahwin lagi tapi enggan cur4ng

Kontr0versi melanda rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof secara tidak langsung membuatkan nama aktor kacak, Edika Yusof kembali menjadi bualan netizen di media sosial.

Mana tidaknya, pelakon berusia 55 tahun itu terus memilih untuk setia dengan pasangannya Nor Hidayah Yusri meskipun wanita tersebut mengalami lumpuh separuh badan kira-kira sejak 18 tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @eyka_talib memuat naik satu video umum menitipkan pesanan agar golongan suami dapat menjadikan kesetiaan Edika sebagai contoh dalam melayari alam perkahwinan.

@eyka_talib #luahanhati #motivasidiri #viraltiktok #tiktokmalaysia?? #fypage #puterisarahliyana ♬ original sound – hanaafi_saman – hanaafi saman

“Jadilah seperti Edika Yusof yang sentiasa ada dengan isterinya yang lumpuh. Isteri dia suruh kahwin lain pun tak nak.. sentiasa jaga isterinya macam bidadari.
“Masih lagi wujud lelaki sejati zaman sekarang ni,” tulisnya semalam yang turut meletakkan tanda pagar ‘Puteri Sarah Liyana’.

Mengimbas kembali kenyataan Edika sebelum ini, aktor popular era 90-an itu enggan bersikap cur4ng terhadap isteri walaupun sering kali digoda oleh wanita lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

“Sepanjang berkahwin, saya tak pernah menyorokkan sebarang perkara daripada pengetahuan isteri. Saya akui, cabaran amat besar apabila bergelar pelakon. Sentiasa ada wanita yang cuba mendekati saya.
“Sejak mula isteri s4kit, saya sering menerima panggilan daripada wanita. Sampai sekarang masih ada yang menghantar mesej langsung dalam laman sosial…
“…tetapi saya tidak melayannya. Ada antara mereka yang berani menghubungi saya, tetapi saya akan menyerahkan telefon kepada isteri untuk menjawabnya,” katanya menerusi laporan BH Online pada Februari 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Sementara itu, Nor Hidayah sebelum ini ada berkongsi dimana pernah meminta suaminya untuk berkahwin lain atas faktor bebanan tetapi pelakon filem Maria Mariana itu kekal setia bagi menjadi ketua keluarga.

“Ada kala memang terasa juga dirinya membebankan dia. Tipulah kalau kata tak pernah rasa ‘down’ tu apabila melihat suami terpaksa bersusah-payah kerana kita.
“Ya, saya pernah suruh dia kahwin lagi, namun jawab Edika, untuk apa tambah masalah lagi? Cukuplah satu wheel chair ini saya tolak.
“Kalau ditakdirkan isteri kedua pun s4kit, saya perlu juga tolak wheel chair kedua ke?” ujar wanita berusia 44 tahun itu menerusi laporan Astro Gempak.

Terdahulu, Nor Hidayah menghidap penyakit meningitis sehingga menyebabkannya kom4, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Untuk rekod, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, 22, Fardeen Nasrulhaq, 18, dan Fereena Nurulhaq, 17.

Sumber: TikTok @eyka_talib, BH Online (Serimah Mohd Sallehuddin), Astro Gempak (Afiza Kamarulzaman), Instagram Edika Yusof

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Perempuan Ni M4ki Mak Aku Sebab Bu4ng Gambar Jesvs” – Adik Afiq Muiz

Sejak semalam hang4t diperkatakan mengenai kemelvt rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin apabila kedua-duanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *