Pelakon Puteri Sarah Liyana mendakwa isteri baharu suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar telah melangg4r perintah injunksi dan mengh1na m4hkamah.
Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata demikian selepas berbincang dengan peguamnya, sebaik Syamsul mengesahkan sudah selamat bernikah dengan Ira di Thailand.
“Baru berbincang dengan peguam saya @syamsulyusoffilm, isteri baharu awak dah langg4r perintah injunksi dan mengh1na m4hkamah,” tulisnya menerusi satu hantaran di InstaStory.
Kali kedua langg4r perintah?
Pada masa sama, pelakon berusia 37 tahun itu sekali gus seolah-olah memberi bayangan mahu mengambil tind4kan sam4n sebanyak RM10 juta berikutan pihak defendan melanggar perintah injunksi tersebut.
“Jadi bolehlah saya sam4n RM10 juta pula ya. Jumpa anda berdua di m4hkamah,” katanya lagi.
Pada November lalu, Puteri Sarah memaklumkan salah seorang ahli keluarga Ira telah melanggar perintah injunksi interim kerana mengeluarkan kenyataan dengan mengaitkan namanya di media sosial.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Syamsul yang juga pengarah filem mahu mengambil tindakan undang-undang berbentuk saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta.
Syamsul berkata, ia kerana pihak Jawi didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah bernikah lagi.
View this post on Instagram
Hari ini, Syamsul akhirnya mengakui telah menikahi Ira yang juga anak kepada pelakon veteran Ira Kazar secara sah di Thailand menerusi satu perkongsian video di laman Instagram.
Sumber: Instagram Puteri Sarah & Syamsul Yusof
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.