Tahniah sebab mengaku, selepas berbulan nikah di Thailand – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana memuat naik satu InstaStory dipercayai ada kaitan dengan konflik melanda rumah tangganya, sebaik suaminya Syamsul Yusof mengakui telah berkahwin lagi.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon berusia 37 tahun itu mengucapkan tahniah atas pengakuan itu kerana sudah berkahwin dengan Ira Kazar secara sah di Thailand.

Salahkan kita pula?

“Tahniah sebab akhirnya mengaku dan berdaftar. Selepas dah berbulan nikah di Thailand kan,” tulisnya sebentar tadi.

Pada sama sama, Puteri Sarah memaklumkan dia akan memberi kenyataan secara lebih lanjut dalam masa terdekat kerana sedang sibuk menjalani penggambaran.

“Okey tunggu. Tengah shooting jap. Kejap lagi Sarah buat video. Tunggu ya,” katanya.

Terdahulu, dakwaan Syamsul yang juga pengarah filem sudah bernikah akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan tentang perkara tersebut menerusi video dimuat naik di laman Instagram hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Syamsul berkata, dia bernikah dengan Ira Kazar secara sah dengan berwalikan bapa wanita berkenaan iaitu Kazar Saisi yang juga pelakon veteran di Thailand.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Sumber: Instagram Puteri Sarah & Syamsul Yusof

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *