Syamsul Yusof sahkan sudah bernikah dengan Ira Kazar

Selepas lama berdiam diri, pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dikaitkan dalam rumah tangganya iaitu Ira Kazar.

Menurut pengarah berusia 38 tahun itu, dia dan Ira bernikah secara sah di Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Kazar Saidi yang juga pelakon veteran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana sabar menanti perkembangan tentang saya. Saya ini beritahu semua..
“Alhamdulilah syukur, saya telah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan oleh ayahnya sendiri di Thailand.
Ada sebab kenapa saya bernikah di sini.. untuk memudahkan beberapa perkara,” katanya menerusi satu posting video di laman Instagram.

Syamsul berkata, Puteri Sarah Liyana masih isterinya yang sah meskipun terdapat pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh aktres berkenaan sebelum ini.

“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.

“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak.
“Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu mengakui tiada niat untuk membelakangkan keluarganya.

“Saya harapkan hanya doa ibu bapa dan ahli keluarga, saya juga berdoa mudah-mudahan keputusan dilakukan dilindungi segala fitn4h atau hasad dengki. Paling penting sah di sisi syarak, katanya.

Sumber: Instagram Syamsul Yusof , Foto BH Online

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *