Ditudvh bawa keluar anak2 tanpa izin, Puteri Sarah minta Syamsul jangan ‘beb4l’

Sebentar tadi, pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof menitipkan pesanan kepada isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana supaya kembali pulang ke rumah bersama anak-anak bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah berusia 39 tahun itu, dia dilihat seakan ‘menunding jari’ kepada Puteri Sarah yang sentiasa membawa anak-anak mereka keluar dari rumah tanpa keizinan seorang suami.

“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak,”ujar Syamsul.

Kalaulah anak-anak boleh beri kenyataan di m4hkamah….

Terbaharu, pelakon Puteri Sarah memuat naik hantaran dengan membid4s tudvhan yang dilemparkan oleh Syamsul ke atasnya kerana membawa anak-anak mereka keluar tanpa izin seorang suami.

“Kalaulah Syaikhul dan Sumayyah boleh berikan kenyataan di m4hkamah, pasti mereka akan cakap ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik, bukan KITA. Di mana ayah? Selalu tiada di rumah,”tulis Puteri Sarah.

Syamsul jangan ‘bod0h’!

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin meminta agar suaminya tidak menunding kesalahan kepada mereka dengan menggunakan nama Allah.

“Syamsul Yusof jangan tunding ‘kebod0han’ awak kepada saya. Jangan guna nama Allah untuk membuatkan awak nampak seperti ‘angel’ di mata manusia,”ujarnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah memaklumkan dia akan memberi kenyataan secara lebih lanjut dalam masa terdekat kerana sedang sibuk menjalani penggambaran.

Dan, dakwaan Syamsul yang juga pengarah filem sudah bernikah akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan tentang perkara tersebut menerusi video dimuat naik di laman Instagram hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm@puterisarahliyana

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *