Fesyen Masya Masyitah dianggap pel1k lagi ramai kata makin meng4rut

Penyanyi Masya Masyitah seolah-olah tidak serik menerima kecam4n apabila sekali lagi tampil dengan ‘fesyen pelik‘ ketika menikmati percutian di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 22 tahun itu mengenakan fesyen ala-ala denim dipercayai dengan berseluar pendek yang digayakan bersama legging berwarna putih.

“Just go. Go see all the beauty in the world. Learn. Grow. Discover,” tulis Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff.

Penyanyi lagu Remuk itu memuat naik beberapa keping gambar dirinya ‘berposing’ dengan latar belakang pemandangan di sekitar bandar Tokyo.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menegur penampilan Masya yang dilihat tidak sesuai dengan imejnya sebagai wanita bertudung.

Malah, tidak kurang terdapat juga segelintir individu menganggap penyanyi itu mempunyai ‘cita rasa’ pelik dalam berfesyen sejak dari dulu lagi.

Tu balut aurat, bukan tutup aurat

Fesyen apa ni makin pelik

Apa dia cuba nak tunjuk?

Makin ditegur makin menjadi?

Terdahulu, Masya sering mendapat teguran orang ramai disebabkan cara pemakaiannya tidak melambangkan imej bagi golongan wanita berhijab.

Sumber: Instagram Masya Masyitah

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Selepas video tular, Alif Satar akhirnya jumpa ‘kembar’ versi perempuan

Artis versatil, Alif Satar akhirnya bertemu dengan gadis bertudung yang dikatakan memiliki wajah seirasnya selepas remaja tersebut tular di media …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *