Baru seminggu pelakon Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan jejaka pilihan hati, Aliff Awang, pelbagai detik manis dikongsikan oleh pasangan itu di media sosial.
Walaupun ramai terkejut dengan berita perkahwinan pelakon Tentang Bulan, tetapi rata-rata mendoakan kebahagiaan Fatin Afeefa bersama suami tercinta yang juga seorang usahawan yang giat aktif dalam ‘trader Forex‘.
View this post on Instagram
Fatin Afeefa tunjuk skill ajar suami main F0rex
Terbaharu, Aliff memuat naik satu hantaran di laman TikTok miliknya memaparkan Fatin Afeefa sedang menunjuk kemahiran bermain F0rex kepadanya.
“Isteri minat F0rex. Kita layan sajalah. Dia macam tumpul sikit skill isteri, Fatin Afeefa,”tulis Aliff.
Dalam masa sama, Aliff juga meminta orang ramai untuk meninggalkan komen sekiranya mereka berminat belajar Forex bersama Fatin Afeefa.
“Cuba komen kalau nak belajar sekali dengan dia ramai ramai!”katanya lagi.
@aliff_awang Wife minat forex. Kita layan jelaa. Dia macam tumpul sikit s wife ? @bukan fatin afeefa ♬ Study – Pigeon Beats
Nak!!!
Rata-rata warganet menyatakan mereka berminat untuk belajar menimba ilmu berkaitan dunia trade bersama pasangan merpati dua sejoli itu.
Lain macam tempat landing
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah tempat Fatin Afeefa ‘landing’ sewaktu mengasah ‘skill’ ajar Forex kepada suaminya. Kebanyakan netizen mengatakan aktres berusia 29 tahun itu duduk di kawasan tidak sepatutnya dipertontonkan kepada umum.
Otak aku dah kenapa?
Tajam betul mata mereka! Ingatkan fokus tengok dan dengar Fatin Afeefa turunkan ilmu ‘trade’, rupa-rupanya fikiran ke lain.
Sekadar info, Fatin Afeefa selamat bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada 30 Disember 2022 dan pernikahan yang mengejutkan ramai itu selamat melangsungkan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.
Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercer4i empat tahun selepas itu.
Sumber: TikTok @aliff_awang
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.