Badan jadi kurus kering, Raja Afiq dedah kena buatan orang

Jika kita sebut drama Sayangku Kapten Mukhriz, pasti semua tebayangkan wajah pelakon Raja Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razal yang menjadi watak utama untuk drama tersebut.

Baru-baru ini, nama pelakon tersebut menjadi bualan netizen gara-gara perubahan bentuk badannya yang dilihat semakin cengkung dan kurus berbanding penampilannya dahulu.

Menerusi laporan mStar, Afiq mendedahkan dia sedang melalui detik yang tidak pernah terjangka dek akalnya apabila berdepan dengan masalah kesihatan dipercayai disih1r oleh individu yang tidak dikenali.

Menceritakan kembali kisah tersebut, Afiq meluahkan rasa terkejut apabila mendapati ketika membuang air besar, terdapat banyak dar4h yang mengalir dan menyangka ia hanyalah buasir.

Namun begitu, jangkaannya itu meleset apabila ustaz yang merawatnya telah memaklumkan dia terkena sih1r seseorang hingga mengakibatkan kesihatannya terjejas.

“Ini sebenarnya ramai tak tahu, disebalik penurunan berat badan ni saya sebenarnya telah terkena sih1r hingga mengakibatkan saya buang air besar keluar dar4h, pada mulanya saya ingatkan buasir tapi bila periksa dekat doktor tak ada apa pula.
“Saya turun berat badan daripada 90 hingga 70 kilogram sekarang ini, kemudian saya rasa pelik dan pergi berubat dekat ustaz kemudian dia mengesahkan saya terkena sih1r,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 29 tahun itu turut meluahkan rasa selepas ustaz yang memberi rawatan kepadanya memaklumkan individu tersebut berniat untuk menyekat rezekinya selama ini.

Mana tidaknya, sejak pertengahan tahun lepas lagi dia sudah kurang menrima tawaran lakonan daripada pihak produksi dan kadang kala, dia merasa tidak mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai disebabkan bentuk fizikalnnya yang gemuk.

“Ustaz tu cakap individu tersebut memang nak sekat rezeki saya dan membuatkan saya kurang keyakinan, sampai satu tahap pernah saya jadi down bila nak berjumpa dengan orang sebab gemuk… saya juga kurang terima tawaran sejak pertengahan tahun lepas lagi,” katanya lagi.

Sumber: mStar (Faiz Izzat)

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Perempuan Ni M4ki Mak Aku Sebab Bu4ng Gambar Jesvs” – Adik Afiq Muiz

Sejak semalam hang4t diperkatakan mengenai kemelvt rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan isterinya, Pachara Apin apabila kedua-duanya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *