Tempelak menari di TikTok, MYDIN balas ‘tweet’ Azwan Ali siap bagi cermin

Ahad lalu, kecoh di media sosial mengenai berita keb4karan gedung perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 sehingga menarik perhatian pengacara sensasi, Azwan Ali mengeluarkan ciapan berhubung isu tersebut.

Azwan Ali tempelak Pengarah Urusan MYDIN menari di TikTok

Namun, apa yang menarik perhatian adalah Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA dilihat menegur cara pemasaran sebuah gedung perniagaan MYDIN sehingga menarik perhatian ramai.

Bagi yang mengikuti akaun rasmi TikTok MYDIN, pasti tahu mereka sememangnya aktif memuatnaik video hiburan disamping mempromosikan perniagaan mereka kepada pelanggan.

@mydinmalaysia Selamat menyambut Tahun Baru 2023! #AmeerMydin ♬ original sound – Mydin Malaysia

Malangnya, pengacara berusia 56 tahun itu ‘tempelak’ dengan berkongsi tangkap layar sedutan video Pengarah Urusan  MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin  sedang menari di laman TikTok.

“Jakel tuhan dah tunjuk! Yang kau? Dah tua sendu masih menggelupur menari di TikTok. Muhasabah woii!!”ciapnya.

Boleh dapatkan cermin di MYDIN

Tidak mudah melatah dan sedia maklum dengan lawak bersahaja yang sering dimuat naik di laman Twitter, admin akaun berkenaan memberi pautan membeli cermin kepada Azwan Ali.

Pemberian itu seolah-olah memberitahu agar Azwan Ali cermin diri sendiri dulu sebelum berkata kepada seseorang.

Smooth betul!

Rata-rata warganet bersependapat dengan cara admin Twitter berkenaan membalas ciapan Azwan Ali yang sememangnya terkenal dengan mulut laser, selain  mengatakan MYDIN berani untuk bertindak sedemikian.

Sumber: Twitter @MYDINMalaysia

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Wanita M4ngsa Der4 Sehingga K0ma Akhirnya Bercer4i, Lulus Tuntutan Fasakh

Wanita yang menjadi mangsa penderaan suami sehingga koma, Jahidah Nordin akhirnya bercerai setelah Mahkamah Syariah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *