Umum mengetahui aktres dan usahawan terkenal, Fazura bercuti bersama ahli keluarganya di Jerman dan ia itu merupakan percutian musim sejuk pertama buat anak perempuannya Nur Fatima Aisya.
Cukup menjadi bermanfaat buat manusia, jadi baik urusan dengan pencipta
Terbaharu, kapsyen kata-kata positif ditulis oleh Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin menerusi hantaran di laman Instagram milikinya menjadi perhatian.
“Cukup menjadi bermanfaat buat manusia, menjadi baik itu urusan mu dengan Pencipta.
“Selamat menjalani hari baru. Apa yang kita beri, itulah yang kita dapat,”tulisnya.
View this post on Instagram
Kapsyen mat4ng, tak ada perl1 sesiapa
Perkongsian itu membuatkan ramai netizen memuji tindakannya menulis kapsyen positif dan membina tanpa menggvriskan perasaan seseorang. Malah, rata-rata netizen cuba mengaitkan kapsyen berkenaan dengan hantaran selebriti, Neelofa di laman Insta Story.
Kapsyen berkelas, makna sampai
Mereka juga bersetuju dengan kapsyen yang ditulis oleh aktres berusia 40 tahun itu kerana ia mudah difaham dan dihadam walaupun bersahaja.
Ada orang jeles dengan awak
Awak berjalan mengembara melihat dunia atau dunia yang melihat awak?
Terdahulu, selebriti yang juga bekas pengacara program Meletop, Neelofa telah berkongsi sedikit pesanan buat semua ketika pergi melancong. Katanya, dia berharap kita semua ‘enjoy’ dengan semua perkara ketika bercuti dan bukannya taksub untuk memberitahu dunia yang kita sedang melancong.
“Awak berjalan mengembara untuk melihat dunia atau dunia yang melihat awak?
“Rasai dan nikmati setiap perkara kecil yang berlaku di sekeliling anda, bukan semuanya soal mencipta konten di media sosial.
“Jangan tert1pu dan puas dengan likes serta views, ia hanya memberi kepuasan kepada anda untuk sementara waktu sahaja,” katanya.
Sumber: Instagram @missfazura
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.