Rita Rudaini kongsi video hantar anak ke asrama, netizen persoal perasaan ‘daddy’

Tindakan pelakon Rita Rudaini berkongsi satu video memaparkan momen menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin pulang ke sekolah berasrama mengundang perhatian netizen di aplikasi TikTok.

Memetik laporan Xtra, pelakon berusia 46 tahun itu merakam aksi Rayyan berpelukan dengan adik bongsu Airit Qaqa Arjuna sebelum masing-masing melambai bagi berpisah buat sementara waktu.

@ritrud727

Sunyi laa mommy n adik mlm ni ?

♬ original sound – Rita Rudaini

“Sunyi la mommy and adik malam ni,”

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen terharu melihat momen anak beranak itu sehingga berasa sebak selain turut memuji kecekalan Rita dalam membesarkan dua orang anak lelakinya.

Anak soleh ni

Respek ibu tunggal

Semoga anak beranak bahagia

Walau bagaimanapun, ada pula individu yang tertanya-tanya apa perasaan bapa kepada kedua-dua remaja itu sekiranya menonton video tersebut.

Rita sempat membalas komen itu dengan mendakwa bahawa ‘pihak sana’ telah ‘block’ atau menyekatnya di TikTok.

Apa perasaan ‘daddy’ dia

“Tak boleh nampak sebab di sana block takut daddynya nampak FYP anak-anak. Takut nau… sampai mati di kejar bayang-bayang,” balasnya kepada individu berkenaan.

Untuk rekod, Rita pernah dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008 namun bercer4i pada 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki tersebut.

Sumber: Xtra (Atiqah Johari) , TikTok Rita Rudaini

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *