Pesanan ‘travel’ disalah anggap, Neelofa jelaskan tak tuju pada sesiapa

Sejak semalam tular di media sosial satu hantaran Insta Story selebriti terkenal, Neelofa yang menitipkan sedikit pesanan kepada semua yang sedang atau mahu mengembara untuk lebih menikmati pengalaman melancong berbanding sibuk membuat konten.

Pesanan Neelofa disalah anggap

Perkongsian positif Neelofa itu sememangnya sangat berguna kerana memberikan kita sedikit pesanan agar lebih bersyukur dan menikmati peluang yang ada ketika mengembara.

Tidak tuju kepada sesiapa

Namun begitu, ada beberapa pihak yang melihat pesanan berguna itu dari sisi negatif dan mengaitkannya dengan percutian selebriti yang lain sehingga menjadi perbalahan dalam kalangan netizen.

Susulan daripada itu, Neelofa menerusi media sosialnya telah menjelaskan hal sebenar dan sama sekali tidak memaksudkan seperti apa yang diperkatakan netizen.

@neelofa

Maaf sebab ramai kurang faham apa yang nak disampaikan ❤️ love you guys

♬ original sound – neelofa

Ujarnya, kenyataan yang dibuat telah dimanipulasi dengan kefahaman yang berbeza dan dia sama sekali tidak berniat untuk menujukan kepada sesiapa.

Pendapat peribadi sahaja

Menurut isteri kepada PU Riz itu, dia berpesan supaya lebih fokus ketika melancong dan tidak terlalu leka dengan konten sehingga tidak dapat menikmati masa-masa berharga ketika sedang mengembara.

Neelofa juga mengatakan yang tidak menjadi masalah pun untuk mengambil gambar ataupun merakam momen menarik sepanjang pengembaraan kerana dia juga melakukan hal sama. Dia juga menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah pendapat peribadinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Terdahulu, kenyataan Neelofa telah disalah tafsir oleh sesetengah netizen sehingga menyentuh perihal percutian yang sedang dinikmati beberapa selebriti.

Tuduhan tersebut dilihat keterlaluan kerana seperti sengaja mahu mengadu d0mba kenyataan Neelofa yang nyata tidak menujukan kepada sesiapa.

Sumber: TikTok Neelofa

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *