“Isteri Kena Kerja Supaya Bila Jadi Sesuatu Kita Tak Terkontang Kanting” – Puteri Sarah

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Puteri Sarah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik mengenai satu artikel yang boleh diambil oleh wanita sebagai satu pengajaran apabila berdepan masalah rumah tangga.

Menerusi entri tersebut, Puteri Sarah berkata netizen memberikan artikel itu kepadanya untuk dibaca dan tidak mempunyai kaitan dengan dirinya,

Bagaimanapun, Puteri Sarah berkata dia bersetuju dengan beberapa perkara yang dikongsikan dalam artikel tersebut.

“Ada netizen beri artikel untuk saya baca. Sesuatu untuk direnungkan pada semua. Ini kisah orang lain, bukan saya, tapi nombor empat (merujuk kepada sikap suami sebelum dan selepas kahwin) itu sangat betul,” tulisnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berharap agar wanita yang menjadi m4ngsa kecur4ngan suami supaya lebih tegas dan tetap pendirian sepertimana dikatakan oleh artikel tersebut.

“Isteri kena bekerja supaya bila jadi macam ini kita tak terkontang-kanting. Kita masih ada kewangan sendiri.

“Jangan jadi terlalu baik sampai orang pij4k kepala. Ada masa kau kena pejam mata dan tegas je dalam sesuatu.

“Ketahui hak anda sebagai seorang isteri dan cari cara pertahankan hak itu. Hiduplah untuk diri sendiri. Hidup ini singkat je jadi buatlah semua benda yang boleh bahagiakan diri dengan bebas tanpa rasa terikat,” tulis artikel itu.

Sumber : Gempak

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *