Umum mengetahui, sebelum penyanyi genit, Ayda Jebat mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir, dia sering dikaitkan dengan spekulasi ‘bercinta’ bersama aktor Redza Rosli.
Tak nak berlakon dengan Redza Rosli
Terbaharu, Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat memberitahu dia enggan berlakon dengan aktor Redza Rosli sekiranya diberi peluang pada masa akan datang. Ayda berkata demikian kepada wartawan Melodi sewaktu ditemubual.
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok @melodiberapi, Ayda berkata dia bukannya bersikap tidak profesional sebaliknya lebih menjaga status dirinya yang bergelar isteri dan menantu.
“Taklah, bukan tak profesional tapi nak jaga hati suami dan keluarga mentua,”katanya.
Nabil pun sama takkan berganding dengan orang yang ada kisah lamp4u
Selain itu, selebriti berusia 31 tahun itu juga memberitahu suaminya, Nabil tidak akan bergandingan dengan selebriti yang mempunyai kisah lama dengannya.
“Sama juga dengan Nabil, kalau dia perlu bekerjasama dengan bekas kekasih, kita berdua dah berbincang. Rasanya tak perlulah. Kalau tak ada, mungkin inilah rezeki ditetapkan,”ujarnya.
Sebenarnya elak fitn4h
Tambah Ayda, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan fitn4h antara dirinya bersama Redza sekiranya mereka dilihat berdua-duan di set penggambaran.
“Rasa kurang selesa. Apa mereka (keluarga, suami) akan fikir. Contohnya, kita berdua makan di set penggambaran tapi tak ada apa-apa pun. Haa, jadilah pula isu ini.
“Untuk elakkan isu ini, lebih baiklah kita elakkan bekerjasama,”jelas Ayda.
@melodiberapi Ditanya jika ada Pengarah nak Ayda Jebat berlakon dengan Redza Rosli.. ini jawapan ayda jebat.. #meloditv3 #fypシ #panas #panas #sensasi #kontroversi #ceritahariini ♬ original sound – Melodi
Untuk rekod, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dan Nabil berkahwin pada 1 Januari tahun lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan Ana Nayla.
Puteri sulung mereka itu dilahirkan secara pembedahan di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 21 September 2021.
Sumber: TikTok @melodiberapi
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.