Suami malu-malu kucing! Ifa Raziah akui susah nak bergambar dengan kesayangan

Sudah lama kita tak mendengar berita mengenai usahawan dan penyanyi sensasi, Ifa Raziah atau nama sebenarnya, Saripah Raziah binti Mustapha di media sosial.

Mana tidaknya, kali terakhir dia mendapat perhatian ramai selepas menyertai  program Terpaling Juara apabila dikatakan  nyanyiannya hanyalah ‘indah khabar dari rupa’ selain mempersoalkan pengalamannya sebagai seorang yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

Pun begitu, sebaik sahaja isu tersebut reda, nama penyanyi dangdut terbabit kembali sunyi dan pasti ramai yang merindui perkembangan terkininya.

Baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ifa di laman Instagramnya, dia berkongsi sebuah video bersama suaminya telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

“Sejenis suami yang susah nak ambil gambar bersama, selamat tahun baru 2023,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Malu-malu kucing pula suami tu

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur gelagat suami penyanyi yang berusia 47 tahun itu yang kelihatan malu-malu untuk bergambar bersama dengan isterinya.

Sweetnya pasangan ni

Dalam pada itu, ramai yang menganggap pasangan merpati dua sejoli itu sangat serasi dan teruja melihat mereka bergurau mesra sebagai suami isteri. Malah, mereka turut mendoakan agar mahligai yang terbina antara Ifa dan suami kekal hingga ke syurga.

Sumber: Instagram @ifa_raziah

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *