“Runtvhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka!” – Ibu Syamsul Yusof

Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sekali lagi meluahkan perasaan dipercayai berhubung konflik rumah tangga anaknya itu bersama isteri Puteri Sarah Liyana.

Menerusi satu posting di InstaStory, Fatimah menegaskan tiada kemaafan bagi individu yang cuba meros4kkan kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan.

“Mervntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka!,” tulis Fatimah berserta sekeping swafoto dirinya sebagai latar belakang posting.

Pada masa sama, beliau turut memuat naik foto Syamsul dan Puteri Sarah bersama anak sulung mereka Syaikhul Islam yang dipercayai masih berusia beberapa bulan.

Sebelum ini, Syamsul yang juga pengarah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan memaklumkan dia akan menjawab segala persoalan mengenai kontroversi berkenaan dalam masa terdekat.

“Sudah tiba masanya saya bersuara mengenai perkara ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih.
“Cuma bezanya nanti, penjelasan saya itu tidak sama dengan apa yang dilakukan Puteri Sarah. Saya tidak mahu membuka pekung atau aib sesiapa.
“Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan leraikan satu persatu kepada umum supaya semua persoalan ternoktah,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Terdahulu, kisah pasangan tersebut kembali menjadi perhatian apabila Puteri Sarah mendedahkan ada peminat mendakwa suaminya telah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Ira Kazar.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Sumber: Instagram Patimah Ismail

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *