Masih terasa dengan sindir4n, Isteri Atu Zero pula minta maaf kepada Nabila Razali

Nama pelawak Atu Zero menjadi bualan hangat warganet selepas dia meny1ndir penyanyi Nabila Razali kerana tidak boleh menyanyi secara ‘live’ ketika hadir menjadi juri di program The Masked Singer musim ketiga pada dua hari lepas.

Walaupun pelawak berusia 30 tahun itu sudah tampil meminta maaf, tetapi Nabila masih enggan memaafkan kerana lawak tersebut tidak kelakar dan hampir menyamai Body Shaming.

Atu melawak saja…

Terbaharu, isteri kepada Atu iaitu Shafeeqa Johari pula tampil memohon maaf kepada penyanyi lagu Peluang Kedua menerusi hantaran di laman Instagram pada Isnin.

Menerusi hantaran berkenana, Shafeeqa berkata suaminya tidak mempunyai niat lain selain daripada bergurau. Katanya lagi, dia sudah menegur sikap Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif yang gemar membaca komen-komen netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqa_johari)

“Permulaan tahun baharu untuk kami. Misi bantuan kami pun tak dapat viral begini. Atu.. Atu.. sebarang saja kau ini. Banyak sangat baca komen netizen dia ini.
“Minta maaf ya Nabila Razali. Dia melawak saja. Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya. Ramai yang memuji lakonannya, saya pun tengok,”tulis Shafeeqa.

Atu tak somb0ng, dia sendiri turun padang bagi bantuan

Dalam masa sama, Shafeeqa berharap agar orang ramai tidak menganggap suaminya seorang yang somb0ng memandangkan Atu sendiri rela turun padang bagi membantu golongan yang berada dalam kesusahan.

“Kami ini bukan siapa-siapa. Dia hanya seorang penghibur. Biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa, ibarat warna warni kehidupan.
“Demi Allah tidak sombong insan yang bernama Atu ini. Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang-orang susah,”ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqa_johari)

Terdahulu, penyanyi berusia 30 tahun mengakui ters1nggung dengan komne Atu yang seakan meny1ndir vokal nyanyiannya ketika memberi komen kepada salah seorang peserta program The Masked Singer, Si Bulu Tangkis sewaktu sedang menyanyikan lagu Pematah Hati.

Atu juga telah meminta maaf kepada Nabila menerusi mesej langsung (DM) namun tidak dibalas. Sementara itu, ramai warganet bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Atu kerana ia adalah kenyataan sebenar mengenai tahap prestasi vokal penyanyi berkenaan.

Bahkan, mereka juga mengatakan Nabila hanya sesuai dalam bidang lakonan sahaja, bukannya nyanyian.

Sumber: Instagram @shafeeqa_johari

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *