Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman menafikan dakwaan dia melakukan pembed4han kecantikan selepas wajahnya dikatakan kelihatan berbeza berbanding sebelum ini.
Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 38 tahun itu menjelaskan bahawa perbezaan tersebut adalah disebabkan solekan selain menggunakan ‘filter’ di laman Instagram.
View this post on Instagram
“Dalam video itu nampak lain, sebab saya pakai filter yang ada di Instagram. Malah, solekan pun saya hanya pakai ‘foundation’, bedak dan pewarna bibir.
“Mungkin kesan ‘filter’ itu yang buatkan nampak seperti saya beriya-iya menggayakan solekan yang tebal,” katanya.
Zoey berkata, dia perlu menggunakan populariti yang dimiliki bagi mempromosikan produk kosmetik miliknya dengan membuat tutorial solekan pada wajah.
View this post on Instagram
“Bisnes ini adalah sumber pendapatan utama. Walaupun saya tahu sasaran pembeli adalah golongan wanita tapi lelaki juga boleh bersolek.
“Dulu saya akui agak malu nak buat video tutorial solekan sebab saya adalah lelaki tapi kalau difikirkan semula saya adalah pemilik produk kosmetik.
“Mahu atau tidak saya kena menggunakan peng4ruh yang saya miliki. Kalau nak bayar pempeng4ruh untuk tolong promosi bayarannya menelan kos puluhan ribu ringgit,” ujarnya lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, pemilik nama Mohd Hairey Azhar Abd Rahman itu memuat naik beberapa video di laman Instagram sehingga mencuri perhatian ramai yang mempersoalkan tentang ‘perubahan’ ketara pada wajahnya.
Sumber: Harian Metro (Zaara Talita), Instagram Zoey Rahman
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.