Akhirnya! Ramai ‘sejuk hati’ tengok Leona bertelekung -“Manisnya bertutup macam ini”

Nama anak gadis pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering mendapat perhatian netizen di media sosial kerana penampilannya yang begitu seksi sehingga mencetuskan krit1kan dan cemvhan ramai.

Namun begitu, berbeza pula pada kali ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Leona di laman TikToknya, kelihatan dia memakai telekung berwarna merah jambu sambil membuat sebuah konten telah berjaya meraih perhatian netizen.

@leonsmeonss

♬ Boy’s a liar – PinkPantheress

Sejuk hati memandang

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terkejut apabila melihat penampilan menutup aurat gadis yang berusia 20 tahun itu di media sosial.

Macam ini baru la cantik!

Bukan itu sahaja, dalam video tanpa sebarang kapsyen tersebut, ramai yang memuji Leona kelihatan sangat cantik dan tidak melepaskan peluang dengan mendoakan Leona perlahan-lahan menutup auratnya dengan sempurna sebagai seorang wanita yang beragama islam.

Terdahulu, Azhar meluahkan rasa hairan memandangkan netizen sering mengkritik penampilan anaknya apabila kelihatan seksi, tetapi tidak pula meninggalkan pujian apabila Leona berpakaian sopan.

Malah, sebelum ini juga pelakon yang berusia 51 tahun itu mengakui sudah buntu untuk menasihati anak perempuannya untuk memperbaiki gaya penampilannya di khalayak umum.

Sumber: TikTok @leonsmeonss

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *