Nabila Razali tersinggvng dengan Atu Zero, komen tak boleh nyanyi live macam ‘body sh4ming’

PENYANYI Nabila Razali meluahkan rasa kecew4 terhadap komen pelawak Atu Zero yang meny1ndir dia tidak boleh menyanyi secara live ketika muncul menerusi program The Masked Singer Malaysia pada malam Jumaat.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata, komen dibuat Atu tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka atau punchline ketika muncul dalam program televisyen.

“Mungkin punchline sebegini kelakar bagi sesetengah orang tetapi tidak buat saya.

“Saya tidak mar4h kepada dia (Atu). Hanya sedikit kecew4,” katanya.

Nabila meluahkan pandangannya mengenai tindakan Atu itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

Ia berikutan Atu memberi komen kepada salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia iaitu Si Tangkis yang menyanyikan lagu Pematah Hati.

Atu dalam komennya secara spontan memberitahu individu di sebalik kostum itu bukan Nabila kerana penyanyi itu tidak boleh membuat persembahan secara langsung.

Dalam pada itu, Nabila berkata, dia melihat kata-kata pelawak itu sama seperti isu body shaming yang sering menjadi perdebatan hangat apabila seorang pelawak menggunakan perkara itu untuk dijadikan bahan jenaka.

“Saya rasa perkara ini sama sahaja seperti body shaming. Kepada semua pelawak, tolong cari bahan jenaka lebih baik untuk buat orang ketawa.

“Mungkin awak mahu jatuhkan orang lain demi mendapat perhatian,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini berkata, dia sentiasa cuba memperbaiki diri selepas sering kali mendapat kritikan gagal membuat persembahan baik di atas pentas.

“Saya cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki diri saya setiap tahun. Hanya peminat setia sahaja tahu progres yang saya lalui,” jelasnya.

Sumber : Mstar online

About admin

Check Also

Farid Kamil kongsi kata-kata – “Jang4n pernah menyes4l dipertemukan dengan..”

Tind4kan aktor dan pengarah, Farid Kamil menyiarkan semula satu kata-kata hikmah daripada @jentikhati menerusi InstaStory menarik perh4tian …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *