“Gel1 tengok!” -Buat video review makanan, netizen tegur cara ‘influencer’ makan

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video yang dimuat naik oleh akaun Twitter food review yang pergi ke sebuah kedai makanan untuk mempromosikan menu disana.

Namun, netizen di media sosial tidaklah terlalu mengambil pusing tentang menu yang ditunjukkan kerana ada di antara mereka mengakui pernah ke sana dan berpuas hati dengan layanan.

Cara makan tak disukai

Yang menjadi perdebatan netizen adalah cara influencer terbabit menikmati hidangan dengan cara yang kurang disukai lebih-lebih lagi mereka makan dengan begitu r4kus.

Ada di antara pengguna Twitter yang mengatakan mereka berasa gel1 apabila melihat cara influencer lelaki itu menjamah makanan kerana kuah yang ada di daging meleleh-leleh sehingga mengganggu pandangan yang menonton.

Kembang tekak tengok video ni

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengatakan bahawa mereka berasa geli dengan cara makan seperti itu dan meminta agar influencer ataupun food reviewer yang lain lebih bijak dalam menghasilkan konten tentang makanan.

Hal ini disebabkan lebih ramai yang mual melihat cara makan sebegitu berbanding terliur dengan menu yang ditawarkan di kedai tempatnya menikmati juadah tersebut.

Restoran tu dah bayar kot, buat la elok2

Kenapa nak makan comot2?

Gelilah food review gini

Jij1k betul sapu kuah dekat mulut guna daging

Lagi suka kalau makan sopan2

Bukan nak sentuh isu fizikal, tapi cara makan tu

Nak krit1k boleh tapi janganlah body shaming

Disebabkan ramai yang mengec4m dan menegur influencer terbabit, dia telah tampil di Twitter dengan mengakui kesilapan yang dilakukan dan akan mencuba untuk menjadi lebih baik.

Namun begitu, dia memohon netizen supaya tidak melakukan body shaming ke atasnya kerana ia adalah satu kesalahan dan mereka juga tiada hak untuk berkata negatif perihal bentuk tubuh seseorang.

Harap sama-sama dapat memperbaiki diri masing-masing. Mungkin teguran daripada netizen adalah sebagai satu bentuk kritikan positif supaya terus berkarya dengan lebih baik.

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Wanita M4ngsa Der4 Sehingga K0ma Akhirnya Bercer4i, Lulus Tuntutan Fasakh

Wanita yang menjadi mangsa penderaan suami sehingga koma, Jahidah Nordin akhirnya bercerai setelah Mahkamah Syariah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *