Lama tiada khabar berita atau muncul di kaca televisyen, penampilan pelakon Zahida Rafik tiba-tiba mencuri tumpuan ramai di aplikasi TikTok.
Menerusi satu perkongsian video, pelakon berusia 47 tahun itu mengenakan pakaian seperti ‘jump suit’ hitam dengan bahagian d4da kelihatan ‘inner’ berwarna kulit.
Video dimuat naik baru-baru ini itu memaparkan Zahida memberikan kata-kata positif buat pengikutnya selepas mengakui lama tidak mengemas kini akaun TikTok dipercayai miliknya.
Happy Vibes????
“Hai semua, assalamualaikum. Lama tak buat video kan. Saya hanya mahu ucapkan semoga anda menjalani hari yang hebat, diberkati.. teruskan bersikap positif sebanyak mungkin,” katanya.
Rakaman berdurasi 41 saat tersebut meraih 162,400 tontonan selain hampir 800 komen netizen yang rata-rata lebih menyentuh soal pemakaian pelakon kacukan Melayu dan Pakisan itu.
View this post on Instagram
Tegur netizen, penampilan Zahida yang dilihat ketat itu kurang sesuai dengan usianya apatah lagi sudah mempunyai gelaran ‘hajah’ sejak pulang mengerjakan haji pada 2018.
Bukan itu saja, segelintir individu turut berseloroh mengatakan wajah pelakon berkenaan mirip usahawan sens4si iaitu Safiey Illias.
View this post on Instagram
Patutnya makin dekatkan diri dengan Allah
Macam Safiey Illias?
Dulu cantik, sekarang beza
Kenapa fesyen macam tu?
Kena terima kita semua akan tua
Artis lain dah ramai berhijrah
Sekadar makluman, Zahida atau nama penuhnya Zahida Mohamed Rafik sebelum ini popular dengan filem bergenre komedi seperti Senario The Movie, Mami Jarum, Anak Mami The Movie dan banyak lagi.
Sumber: TikTok & Instagram Zahida Rafik
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.