Kehidupan pelawak dan juga penyampai radio Suria FM, Shuib Sepahtu sememangnya kerap menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi sejak digelar ‘duda terhangat’.
Dia yang masih ‘solo’ dilihat kerap meluangkan masa bersama anak-anak yang semakin meningkat remaja sejak kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin pada Ogos 2021.
View this post on Instagram
Anak2 dah semakin dewasa
Memetik laporan dari Gempak!, Shuib memaklumkan yang dia sudah bersedia andai anak-anaknya meningkat dewasa terutamanya anak perempuannya, Dzahirah Talita Zahr, 10 yang akan datang bulan bila tiba masanya.
Tambahnya lagi, allahy4rham isteri sememangnya telah menitik beratkan perkara itu sejak anaknya masih kecil lagi dengan mendedahkan perihal hal tersebut termasuklah batas pergaulan.
“Untung sebenarnya… sebab sebelum ini Sarah selalu kongsi dengannya. Dia pernah cakap dekat Talita ‘bila awak period nanti, beritahu ibu’ tak pun benda yang boleh dan tak boleh.
“Tentang pergaulan perempuan dan lelaki… apa yang boleh dah tak boleh. Sarah dah kongsi benda ini dari dia kecil. Bila dah besar ini dia faham benda yang dia dengar masa kecil.
“Saya seronok tengok anak perempuan membesar dengan baik, cara bercakap pun nampak dewasa. Kadang-kadang saya ada cakap dekat dia, ‘Ta kalau you period, cakap tau’,” katanya.
View this post on Instagram
Kerap tanya dah ‘mimpi’ ke belum
Dalam pada itu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Mohamad, turut berkongsi perihal anak sulungnya, Uwais Alqarni yang semakin aktif dalam sukan golf.
“Sama juga dengan Wais… saya selalu tanya dia ‘you dah mimpi ke belum?’. Sebab dalam golf ada benda, bila dia masa kecil dan dewasa berbeza,
“Jadi, saya nak tunggu dia dewasa… sebab waktu itu, cara pemikirannya lain. Sekarang ini pun otak dia macam dah dewasa. Tapi saya nak betul-betul pastikan dia dewasa,” ujarnya.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Shuib Sepahtu telah bernikah dengan allahy4rham Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan telah dikurniakan 4 orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan yang berusia setahun.
Walau bagaimanapun, Allahy4rham Siti Sarah yang juga seorang penyanyi popular telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), H0spital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat pandemik pada 9 Ogos 2021.
Sumber: Astro Gempak! (Asyikin Mayudin)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.