Tanda kasih sayang dan pengorbanan, pelakon Syafiq Kyle menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire kepada keluarganya baru-baru ini.
Menerusi satu video dimuat naik penjual kenderaan di aplikasi TikTok, pelakon berusia 30 tahun itu dilihat sedang melakukan urusan jual beli sambil ditemani seorang lelaki dipercayai rakannya.
View this post on Instagram
Bukan beli untuk diri sendiri, tapi keluarga
@zarifrecondcar Thank You Syafiq Support Zarif Recond Car | Vellfire Golden Eyes #fyp #foryou #toyota ♬ DJ KNOW ME TOO WELL – REMIX – DJ TANI
“Terima kasih Syafiq atas sokongan. Vellfire golden eyes,” tulis penjual kenderaan, @zarifrecondcar semalam.
Rakaman berdurasi 38 saat itu turut kelihatan Syafiq memandu sendiri kereta berwarna hitam tersebut untuk dibawa pulang ke rumah sekali gus menyerahkan hadiah berharga itu kepada keluarga tercinta.
Menjengah ke ruangan komen, ramai tumpang gembira dan memuji sikap pelakon drama Cinta Buat Dara itu kerana tidak lupa berbuat baik kepada orang tuanya.
View this post on Instagram
Namun, rata-rata netizen berbual tentang watak Iman Shah yang dilakonkan Syafiq dalam drama One Cent Thief sebelum ini.
Drama tersebut mengisahkan tentang seorang pekerja bank yang menggodam sistem komputer sebelum mencvri satu sen dari setiap akaun bank pelanggan.
View this post on Instagram
Disebabkan jalan cerita drama itu, netizen berseloroh kononnya Syafiq dapat membeli kereta berkenaan hasil ‘kejayaan’ terbabit dengan jenayah siber.
Dah la kacak, baik pula tu
Alhamdulillah!
Kaya la ‘curi’ satu sen
Tahniah Syafiq!
Sumber: TikTok @zarifrecondcar, Instagram Syafiq Kyle
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.