Pejam celik pejam celik, siapa sangka anak angkat pelawak terkenal, Achey Bocey iaitu Nur Tiara Zinnirah Nasir sudah pun membesar dengan baik dan kini berusia lima tahun.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah menzahirkan ucapan tahniah buat puteri kesayangannya itu yang sedang memakai jubah konvokesyen berwarna hijau.
View this post on Instagram
Namun begitu, apa yang menyayat hati ramai, pelawak yang berusia 36 tahun itu mendedahkan anaknya itu pernah meluahkan perasaannya dengan mengatakan dirinya mempunyai kekurangan.
Namun begitu, Achey menasihatinya supaya menjadi seorang insan baik kemudian, akan adanya rezeki diberikan oleh Allah pada kemudian hari.
View this post on Instagram
“Tahniah kakak, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Amin, tiba-tiba mama rasa sebak. Kejap je masa berlalu, anak mama makin besar.
“Pernah keluar daripada mulut dia, kakak tak pandai, kakak semua tak boleh. Kalau macam itu kakak jadi baik dulu, inSya-Allah pandai menyusul,” ujarnya.
Sekadar info, Achey telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada tahun 2011 dan mempunyai seorang cahaya mata, Nur Tiara Zinnirah.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram @acheykintangkintung
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.