Aktor Adam Shahz tumpang gembira apabila bekas isterinya, Fatin Afeefa selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang jejaka dikenali sebagai Aliff Awang malam tadi.
Menurut laporan Harian Metro, bagaimanapun aktor berusia 41 tahun itu mengingatkan bekas isterinya berhubung tarikh perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak pada 26 Januari nanti.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja. Dah kahwin, dah lepas…
“…cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik m4hkamah pada 26 Januari nanti,” kata Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani.
Aktor filem Juvana itu berkata, proses tersebut adalah perbicaraan pertama bagi menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia yang berusia tujuh tahun.
View this post on Instagram
Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu.
“Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apa pun, saya bergantung kepada keputusan m4hkamah.
.“Apa juga keputusan m4hkamah, saya terima asalkan, jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak.
“Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekali pun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak,” ujarnya.
Tambah Adam, dia tiada sebarang isu lagi sebaliknya hanya ingin menuntut hak sebagai bapa selepas melalui beberapa ‘episod’ kenyataan balas bersama Fatin yang juga seorang aktres.
“Saya tak ada apa-apa isu. Tapi, bila pihak sana mengutarakan isu yang bukan-bukan, isu yang tak ada, diadakan, saya sebagai bapa berhak untuk menjaga maruah saya dan keluarga,” kongsinya.
Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercer4i empat tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Ivy selain Fatin turut memiliki seorang lagi cahaya mata Adam Aisy Arrian, 10, menerusi perkahwinan terdahulu.
Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri) , Instagram Adam Shahz
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.