Meskipun sedar sering menjadi bahan kecaman, personaliti TikTok iaitu Ratu Diva seolah-olah tidak serik menghasilkan video yang mengundang pelbagai reaksi ramai.
Terbaru, personaliti berusia 27 tahun itu dilihat mengenakan fesyen gaun kembang ketika memenuhi undangan bagi majlis sambutan ulang tahun kelahiran pengasas tudung jenama Fareha.
@ratufarahdiva birthday party cikfa fareha ??❤️ baju by @femmes.glemmer ♬ Sayang – Shae
Menerusi akaun TikTok, Ratu memuat naik beberapa rakaman yang menggayakan busana sama sambil melakukan ‘miming’ lagu selain menari mengikut muzik latar belakang video berkenaan.
@ratufarahdiva tanpa undangan diriku kau lupakan … nk cover lagu nie nanti… siapa nk buat review baju2 butik2 Korang dm me …. #teamratudiva #tendabiru ♬ Tenda Biru (Desy Ratnasari) – Desy Ratnasari
@ratufarahdiva siapa rindu ratu dugem ?????♥️ #teamratudiva #dugem #ratudugem ♬ bunyi asal – ƁσͥѕͫѕƊιL – ꧁_??ƁσͥѕͫѕƊιL_꧂
Bagaimanapun, penampilan berona putih itu membuat segelintir netizen menyifatkan Ratu semakin ber4ni dalam soal pemakaian sehingga tudung yang berimej labuh sebelum ini dikatakan semakin singkat.
Malah, tidak kurang ada juga segelintir individu memuji keyakinan tinggi yang dimiliki penyanyi lagu Sikok Bagi Duo itu selain rekaan busana tersebut.
Kata suka gaya labuh
Lincah sangat.. ris4u ‘inner’ terkoy4k
Mana dia beli keyakinan tu?
Makin singkat pula tudung?
Untuk makluman, Ratu Farah mempunyai 379,200 pengikut di TikTok sehingga dilantik menjadi duta tudung di bawah jenama AS Hijab yang dijalankan oleh usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri.
Sumber: TikTok Ratu Farah
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.