Video tular yang dikongsikan satu akaun Facebook memperlihatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu secara melulu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang berhampiran jejambat susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), sebelum kemal4ngan telah menjadi perbualan netizen di media sosial.
Penumpang tercamp4k keluar
Lebih parah lagi, tindakan tersebut membuatkan seorang wanita yang juga penumpang kenderaan berkenaan tercamp4k keluar di tengah jalan dan hampir menjadi m4ngsa langg4r.
Menukar lorong secara zigzag
Susulan daripada itu, menerusi laporan Harian Metro, pemandu kereta berkenaan yang juga seorang pelakon tambahan telah ditahan bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua P0lis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kem4langan yang turut tular di media sosial membabitkan dua kenderaan itu berlaku jam 5.30 petang.
“Kemal4ngan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan berusia 30 tahun itu menukar lorong secara zigzag hingga hil4ng kaw4lan,
“Kereta itu kemudian hingga terl4nggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova,” katanya.
Bertengk4r dalam kereta
Disebabkan pelangg4ran tersebut, kekasih kepada pelakon berkenaan yang berusia 25 tahun telah tercamp4k keluar namun hanya mengalami ceder4 ringan.
“Siasatan awal mendapati kem4langan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kem4langan.
“Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengk4r dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercamp4k dalam kejadian itu,” katanya.
“Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut. Permohonan rem4n di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jen4yah (KPJ) akan dipohon, esok.
“Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap suspek berkenaan didapati negatif d4dah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan,” katanya.
Video berdurasi 42 saat memperlihatkan pemandu Myvi memandu dalam keadaan membahayakan sehingga berlaku perlangg4ran dan seorang penumpang tercamp4k keluar telah menjadi perhatian ramai.
Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.