Julia Farhana kena ganggvan seksval dengan ‘director’ terkenal, diminta bawa watak penggod4

Pelakon dan model, Julia Farhana mendedahkan dia pernah mengalami g4ngguan seksval daripada seorang pengarah terkenal ketika menghadiri uji bakat.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pelakon yang berusia 28 tahun itu menerusi sebuah program Studio Sembang bersama Amelia Henderson yang meminta dirinya untuk melakonkan watak sebagai seorang pengg0da.

Difahamkan, dia telah menerima sebuah tawaran untuk menghadiri uji bakat yang dilakukan oleh seorang pengarah terkenal di sebuah lokasi dan pada ketika itu, ia berlangsung pada jam 8 malam serta keadaan pada ketika itu agak sunyi dan sepi.

Pada awalnya, dia menyangkakan uji bakat tersebut adalah selamat memandangkan pengarah itu dikenali ramai dan akan dihadiri oleh ramai ‘talent’ yang lain. Sebaik sahaja tiba di lokasi uji bakat itu, dia mendapati kawasan tersebut ‘kosong’.

Apa yang lebih mengejutkan, isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum diminta memasuki sebuah bilik dan pihak produksi itu bertindak mengunci bilik tersebut.

Bukan itu sahaja, Juliana mengatakan pengarah tersebut memintanya untuk melakonkan watak pengg0da sehingga menyebabkan dia berasa tidak selesa dan tidak selamat.

“Jadi, saya bermonolog watak tu tapi pengarah tu secara spesifik minta saya untuk mengg0danya,” katanya.

Ekoran kejadian itu, Juliana meluahkan rasa pelik dengan g4ngguan seksval yang dilakukan oleh pengarah itu memandangkan dia sudah mempunyai keluarga sendiri.

“Saya ingat industri ini selamat, dan saya ingat saya boleh percaya lelaki yang dah ada anak, atau mungkin anak perempuan. Jadi, kenapa lakukan perkara sebegitu kepada kaum wanita?,” ujarnya lagi.

Sumber: YouTube @ATHQ Media

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Enggan Berd4mai, Nekad Mahu Bercer4i

Sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *