Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan niatnya untuk bercerita mengenai kisah hidupnya yang terjadi pada ketika adalah untuk memberi semangat kepada wanita di luar sana dan bukan untuk membuka aib mana-mana pihak.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @amyziana2 di laman TikToknya, kelihatan pelakon yang berusia 37 tahun itu sedang meluangkan masa bersama pengikutnya dengan membuat siaran secara langsung di aplikasi tersebut.
kebiasaan Sarah memberi semangat..Sy share yg murni2 je ye dan pesanan yg murni2 untuk mStar juga ?
“Sarah nak tanya, Sarah cerita ni buka aib atau memberi semangat kepada korang untuk menjadi lebih baik? Sarah cuma nak beri semangat, saya bagi korang semua motivasi.
“Buat apa korang nak sedih-sedih? Kemudian, jika ada apa-apa yang berlaku pada korang semua, korang keluar dengan ada m4ruah. Jangan keluar menangis! Faham wanita-wanita kat luar tu?” ujarnya.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Puteri Sarah mendakwa suaminya yang merupakan pengarah tersohor tanah air, Syamsul Yusof telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand namun, tiada sebarang pengakuan sebenar sehingga ke hari ini.
Sebaiknya, kita sebagai netizen mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah dan keluarga agar masalah yang dialaminya kini diselesaikan dengan cara baik dan mendapat keadilan yang sewajarnya.
Sumber: TikTok @amyziana2
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.