Biarkan mak kahwin lagi, wanita tak sangka dapat ‘ayah muda’ berusia 23 tahun

Berkahwin dengan pasangan yang mempunyai jarak usia yang jauh bukan lagi menjadi isu pada masa kini. Malah, ia sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang yang tidak memandang usia sebagai penghalang untuk mendirikan rumah tangga.

Begitu juga yang dialami oleh seorang wanita ini, menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikToknya, dia memaklumkan ibunya berkahwin sekali lagi selepas berpis4h dengan suaminya terdahulu.

@ecacuwitcawer semua dah tertulis ? #suamimuda #pengantinviral ♬ suara asli – hierapsz.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah, ibunya yang berusia 60 tahun itu telah memilih seorang jejaka yang berusia 23 tahun sebagai suaminya telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Mana tidaknya, wanita terbabit berkongsi tidak lama kemudia dia sudah menjumpai jodohnya yang berusia 28 tahun dan ini bermakna, bapa tirinya adalah lima tahun lebih muda berbanding dengan suaminya.

Umur hanya angka semata-mata

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum apabila melihat kebahagiaan keluarga wanita berkenaan yang menemui jodoh masing-masing meskipun terdapat perbezaan dari segi usia.

Malah, mereka berpendapat walaupun ibunya berkahwin bersama jejaka yang jauh lebih muda, apa yang lebih penting adaah mampu menjaga insan tersayangnya itu dengan baik.

Semoga bahagia selalu

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar keluarga wanita tersebut sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat dan menegaskan apa yang berlaku adalah kuasa serta takdir Allah yang menentukan segala-galanya.

Sumber: TikTok @ecacuwitcawer

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Wanita Meng4du Terima Tegvran Lelaki Gat4l Ketika Di Bazar Tapi Netizen Pula Sal4hkan Tudung Singk4t

Bulan puasa ni kita bukan hanya perlu menah4n lapar dan dahaga tapi ada banyak perkara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *