Ali Puteh g4gal rayu4n sam4n fitn4h, tetap kena bayar Siti Nor Hidayah RM60,000

Hari ini, berlangsungnya prosiding r4yuan pelawak Ali Puteh terhadap kakak iparnya, Siti Nor Hidayah kerana memfitn4h wanita itu dalam platform Instagram pada dua tahun lalu.

Dan, keputusan berpihak kepada Siti Nor Hidayah apabila Ali  diperintah oleh M4hkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kekal memb4yar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya itu.

Perkara itu diputuskan selepas pihak m4hkamah menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan perintah M4hkamah Sesyen, 10 bulan lalu yang mengarahkannya membayar ganti rugi tersebut.

Malah, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh turut memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan membayar kos RM5,000.

Selain itu, m4hkamah juga menolak r4yuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan M4hkamah Sesyen yang menolak tuntutan sam4nnya terhadap Siti Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

Difahamkan, temu bual itu dikatakan telah menjatuhkan m4ruah, mengaibkan dan memfitn4h Ali Puteh sekeluarga selaku plaintif.

Dalam prosiding itu juga, rayuan Siti Nor Hidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi RM60,00 seperti mana ditetapkan M4hkamah Sesyen turut ditolak.

Sementara itu peguam yang mewakili Ali Puteh iaitu Noorazmir Zakaria berkata, setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan susulan daripada anak guam sama ada untuk mengemukakan rayuan.

“Kami menerima keputusan mahkamah,” katanya selepas keputusan kes yang dijalankan secara Zoom hari ini.

Kontroversi bermula apabila Norhidayah memfailkan sam4n keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga, antara lain menuduh bekas adik iparnya itu mengambil harta Abam dan harta anak yatim.

Nor Hidayah juga memfailkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya. Dalam pada itu, Ali memfailkan sam4n fitn4h terhadap Norhidayah dan Aliff Syukri pada 27 Ogos 2020.

Sekadar info, Allahy4rham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Mstar 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *