Lisdawati akui cab4ran rumah tangga, 8 tahun hadap sikap bar4n Fauzi Nawawi

Pelakon Lisdawati mengakui terdapat cabar4n untuk mengekalkan keharmonian dalam rumah tangganya sehingga berjaya menjalani alam perkahwinan selama 15 tahun.

Menurut laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 44 tahun itu berkata, dia terpaksa bersabar bagi menangani sikap ‘pan4s bar4n’ suaminya Fauzi Nawawi sewaktu awal perkahwinan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

“Alhamdulillah, usia perkahwinan kami kini mencecah 15 tahun. Setiap lima tahun ada cabar4nnya. Saya tahu suami jenis cepat ‘pan4s’ (pemar4h), jadi saya kena tahu untuk hadapinya.
“Lapan tahun pertama perkahwinan, kesabaran saya tervji dengan sikap suami. Tapi selepas berdoa, alhamdulillah dia banyak berubah,” katanya.

Lisdawati berkata, dia bersyukur suaminya yang juga seorang aktor kini sudah berubah menjadi lebih tenang meskipun belum 100%.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

“Doa seorang isteri memang terbaik. Sekarang suami lebih ‘cool’. Sikit-sikit biasalah. Kalau tanya saya, 70 peratus sifat suami telah berubah daripada seorang yang pan4s bar4n, jadi lebih tenang.
“Saya tidak boleh ubah diri suami 100 peratus sebab saya sendiri pun ada kekurangan dan kelemahan. Apa yang penting kami saling menerima,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu mengambil pendekatan bagi berkomunikasi melalui mesej telefon berbanding bersemuka sekiranya berlaku salah faham.

“Sejak dahulu kami memang tidak berbincang depan-depan jika berlaku salah faham. Apa sahaja masalah, kami berbincang melalui SMS (dahulu) dan sekarang melalui WhatsApp.
“Kami elak pertelingk4han lidah sebab takut akan bertindak di luar jangkaan. Sampai sekarang kami amalkan cara begitu.
“Selepas hati kami sejuk, barulah saya dan suami bersemuka untuk berbincang dan saling bermaaf-maafan,” kongsinya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

Untuk rekod, pemilik nama Nisdawati Nazaruddin itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14; Nur Aina Fazneesya,13; Ahmad Nur Fyrdaus, 8; dan Ahmad Nur Fayyadh, 3.

Dia juga juga mempunyai empat anak tiri hasil perkahwinan pertama Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 27; Fareez Hazwan, 25; Nurul Hana Farisya, 23; dan Mohd. Fikri Hakimi, 20.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi) , Instagram Lisdawati

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *