Umum sedia maklum, pada ketika ini keadaan rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof kembali menjadi perbualan hangat netizen di media sosial selepas dia mendakwa suaminya sudah bernikah dengan seorang wanita dikenali sebagai Ira Kazar di ruangan Insta Story miliknya.
Bukan itu sahaja, Puteri Sarah telah membuat keputusan untuk pergi bercuti ke luar negara bersama dua orang anaknya bagi ‘menenangkan dirinya’ buat seketika untuk meredakan keadaan yang sedang menjadi kontr0versi di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa gambar dan video mengenai percutiannya itu di Jepun bersama anak-anaknya.
View this post on Instagram
” Terima kasih Ya Allah, sampai juga Disneyland nak bawa Syaikhul dan Sumayyah. Dui boleh dicari, kebahagiaan anak-anak tak ternilai,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Ruginya kau Syamsul, tak luangkan masa bersama anak-anak
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Syamsul Yusof telah mensia-siakan detik bahagianya bersama keluarga kerana bagi netizen, melihat momen anak membesar adalah anugerah paling terindah sebagai seorang bapa.
View this post on Instagram
Semoga terus diberi kekuatan Puteri Sarah!
Bagaimanapun, netizen turut menzahirkan rasa kagum mereka melihat semangat dan kekuatan yang dimiliki oleh Puteri Sarah dalam menghadapi dugaan rumah tangganya dan mendoakan agar segala urusan pelakon yang berusia 37 tahun itu dipermudahkan.
Sumber: TikTok @puterisarahliyana
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.