“Saya Sangat Hargai Insan Bernama Ungku Ismail” – Nad Zainal

Selepas sebulan dimasukkan ke h0spital akibat pend4rahan dalam p4ru-p4ru, pelakon Nad Zainal memaklumkan dia sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Menerusi satu sesi siaran langsung di aplikasi TikTok, Nad meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang kedua serta memerlukan rehat secukupnya.

Katanya lagi, keadaannya masih belum sembuh sepenuhnya serta mudah mengalami masalah pernafasan pendek dan tidak boleh banyak bercakap.

Nad juga terharu dengan keprihatinan rakan artis yang menjayakan tabung dana kecemasan bagi menampung kos rawatannya.

Memetik Harian Metro, ketika sesi Live itu juga, Nad berkata buat masa ini aktor Ungku Ismail antara individu yang rapat dengannya. Ujarnya, aktor itu banyak membantu dan menjawab segala spekulasi mengenai dirinya.

“Pada waktu ini, dia individu yang rapat dengan saya. Saya sangat menghargai insan bernama Ungku Ismail Aziz. Dia banyak membantu beri semangat dan menjawab segala spekulasi. Itu sajalah. Saya tak nak jawab lagi,” katanya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat j4ngkitan kum4n pada p4ru-p4ru.

Sumber : harian metro

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *