Neelofa lega Ameera Khan kembali main IG -“Tak payah dah jawab kalau media tanya”

Selepas enam bulan ‘menghilangkan’ diri dari Instagram dan media sosial yang lain, akhirnya adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan akhirnya membuat kemunculan semula.

Kongsi penampilan terbaru

Selepas selesai menunaikan umrah bersama keluarga, Ameera akhirnya kembali memuat naik perkongsian di Instagram dan penampilan terbarunya menyorot perhatian netizen.

Dia yang kini tampil tanpa hijab dilihat lebih banyak berkongsi gambar pemandangan dan juga makanan berbanding gambar diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @littlemisskhan

Genap usia 22 tahun

Influencer tersebut kembali aktif di media sosial bersempena bulan kelahirannya iaitu Disember. Tahun ini, Ameera genap  usia 22 tahun dan menyatakan umrah tempoh hari adalah hadiah terbaiknya pada sambutan hari lahir tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @littlemisskhan

Tak payah dah jawab soalan media

Susulan daripada kembalinya Ameera di Instagram, ramai yang telah mengucapkan ‘welcome back’ kepada selebriti media sosial itu termasuklan kenalan rapat.

Bahkan, kakaknya, Neelofa juga sempat berseloroh mengatakan lega apabila influencer cantik itu sudah kembali dan tidak perlu lagi dia menjawab soalan berkenaan ‘kehilangan’ adiknya itu kepada media.

Gurauan tersebut telah membuatkan warganet terhibur lebih-lebih lagi melihat telatah kakaknya yang menyertakan emoji tertawa dihujung ayat ‘luahan’ tersebut.

Untuk rekod, kali terakhir Ameera atau biasa dipanggila Little Miss Khan memuat naik gambar sebelum ‘hil4ng’ adalah sekitar pertengahan tahun ini.

Ujar gadis berusia 22 tahun itu, dia masih menjalankan kehidupan seperti biasa namun memilih berehat daripada Instagram yang mempunyai pengikut 1.4 juta tersebut.

Sumber: Instagram littlemisskhan

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *