Pelakon Reen Rahim tidak bimbang jika popularitinya mervndum selepas mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang hari ini.
Menurut laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 34 tahun itu berkata, semua perkara itu sudah diaturkan dan sentiasa percaya dengan Allah SWT apatah lagi mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya seni.
View this post on Instagram
“Saham jatuh? Saya tidak t4kut atau ris4u mengenai hal tersebut.
“Saya tetap percaya dengan rezeki Allah SWT. Selama ini pun tawaran berlakon memang sentiasa ada dan Tuhan aturkan semuanya dengan cantik,” katanya.
Ditanya sama ada bakal suami meletakkan syarat tertentu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu berkata dirinya sudah mempraktikkan perkara tersebut sebelum ini.
View this post on Instagram
“Dia (bakal suami) tidak letak syarat pun tetapi sebagai isteri saya perlu faham-faham sendiri mengenainya.
“Ketika masih bujang pun memang saya menjaga apatah lagi selepas bernikah dan perkara itu akan diteruskan.
“Bagi adegan bersentuh4n, semuanya terpulang kepada drama lakonan saya. Hakikatnya drama sekarang sudah kurang dengan babak sebegitu, banyak yang tiada bersentuh4n pun,” ujarnya lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim mendedahkan bakal berkahwin dengan jejaka dikenali sebagai Mr. H selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Reen Rahim
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.