Selepas isu rumah tangga kembali menjadi bualan hangat, pelakon Puteri Sarah Liyana memilih untuk ‘menenangkan diri’ buat seketika dengan melakukan percutian ke luar negara bersama dua orang anaknya.
Menerusi laman Instagram, pelakon berusia 37 tahun itu memuat naik beberapa hantaran memaparkan momen dia dan anak-anak berada di lapangan terbang Kuala Lumpur serta sebaik tiba di Jepun.
Selamat tingg4l Malaysia!
View this post on Instagram
Alhamdulillah.. tiba di Jepun
View this post on Instagram
Difahamkan, Puteri Sarah membawa dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3, bercuti di Tokyo, Jepun yang mengalami musim sejuk ketika ini dan dijangka pulang pada bulan depan.
Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut berharap pelakon drama Suri Hati itu menikmati percutian tersebut dengan penuh gembira selepas melalui pelbagai episod duka dalam kehidupan.
Malah, terdapat juga segelintir netizen memuji kekuatan Puteri Sarah dalam menguruskan cahaya mata tanpa meraih simpati mana-mana pihak.
View this post on Instagram
Selain itu, tidak kurang ada individu berseloroh meminta pelakon berkenaan membawa pulang ‘Yakuza’ yang dipercayai merujuk kepada kemelut rumah tangganya.
Selamat bercuti!
Nikmati masa dengan anak-anak!
Bawa balik Yakuza, kasi ‘ajar’ orang ketiga
Rugi suami tak ‘join’, momen anak-anak membesar
Sebab tu syurga di bawah tapak kaki ibu
Sana sejuk, jaga diri!
Terdahulu, rumah tangga Puteri Sarah kembali menjadi perhatian selepas terdapat dakwaan suaminya Syamsul Yusof sudah bernikah dengan anak pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.
Disebabkan dakwaan itu, Syamsul yang juga pengarah popular nekad akan mengambil tindakan saman terhadap Jawi sebanyak RM10 juta.
Sumber: Instagram Puteri Sarah
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.