Pelakon Nad Zainal memaklumkan dia sudah dibenarkan pulang ke rumah dan memerlukan berehat secukupnya selepas sebulan bertarung nyawa akibat j4ngkitan kum4n pada p4ru-p4ru.
Menerusi satu sesi siaran langsung di aplikasi TikTok, pelakon berusia 32 tahun bersyukur apabila diberi peluang kedua meskipun masih mengalami gejala nafas pendek dan dilihat tercung4p-cung4p.
View this post on Instagram
Nad berkata, dia juga terharu dengan keprihatinan rakan artis yang menjayakan tabung dana kec3masan bagi menampung kos raw4tannya selain tidak lupa mengadakan majlis doa selamat serta solat hajat.
Malah, pelakon drama Cina Buta itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan netizen yang berterusan menitipkan doa agar dirinya kuat sepanjang tempoh ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor.
View this post on Instagram
Bercerita lanjut, Nad mengakui dirinya memerlukan tempoh untuk beberapa bulan sebelum kembali ke set penggambaran sekali gus dapat memberikan lakonan terbaik, bukan sekadar ‘bekerja’ semata-mata.
Sementara itu, dia menyifatkan pengalaman berjuang disebabkan peny4kit itu selama sebulan pasti menjadi kenangan yang sukar dilupakan dalam kehidupannya.
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui akan lebih cakna mengenai kesihatan diri selain menyedarkan dirinya bagi menghargai orang di sekeliling.
View this post on Instagram
Di penghujung siaran langsung, Nad memaklumkan dia akan berkongsi cerita lebih lanjut seperti pengalaman ditidurkan, mimpi yang dialami dan sebagainya pada masa akan datang.
Sumber: TikTok & Instagram Nad Zainal
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.