Dilihat berisi, netizen dakwa isteri Remy Ishak hamil? – “Nampak baby bump”

Isteri kepada pelakon Remy Ishak, Ezza Yusof didakwa kini berbadan dua selepas berkongsi sebuah video mempromosikan beg tangan di bawah jenama miliknya di laman Instagram baru-baru ini.

Video tersebut memaparkan wanita berusia 39 tahun itu berjalan memasuki sebuah restoran sambil menggayakan beg denim berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@ezzarl)

Walau bagaimanapun, lain pula diperhatikan netizen apabila mereka mendakwa kelihatan seolah-olah terdapat ‘baby bump’ pada bahagian perut usahawan tersebut.

Disebabkan dakwaan itu, beberapa pengikutnya meluahkan kesyukuran selain mengucapkan tahniah sekiranya benar Ezza sedang hamil cahaya mata pertama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@ezzarl)

Nampak macam ‘baby bump’

Hamil ke? Tahniah!

Tengok cara jalan pun boleh tahu

Namun begitu, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada Remy atau isterinya berhubung dakwaan mereka bakal menimang zuriat atau sebaliknya.

Untuk rekod, pasangan itu pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan berkenaan putus pada 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@ezzarl)

Tapi, jodoh mereka masih kuat apabila selamat bernikah pada 21 Ogos tahun lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Sumber: Instagram Ezza Yusof

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *