Baru-baru ini, pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Masyuri meluahkan rasa keterujaannya apabila berpeluang memakai telekung yang berharga RM6,080 ketika mengerjakan umrah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Haliza di laman TikToknya, dia menegaskan bukan berniat untuk menjadi ri4k namun, ia merupakan impian dan hasratnya selama ini.
Bukan riak tapi inilah yang sya pinta pagi petang siang malam. Nak jadi tetamu VIP Allah ?
“Bukan riak, tapi inilah yang saya pinta pagi petang siang malam. Nak jadi tetamu VIP Allah,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Tiada istilah tetamu VIP Allah
Namun begitu, disebalik keterujaan yang dikongsikan oleh usahawan yang berusia 41 tahun itu telah mencetuskan pelbagai reaksi negatif dan cemvhan dalam kalangan netizen yang mendakwa tiada istilah tetamu VIP untuk menjadi tetamu Allah.
Tegas mereka, Allah hanya menilai hambanya berdasarkan amalan yang dilakukan tanpa melihat dari segi harta sama ada miskin ataupun kaya.
Betulkan balik niat, itu paling penting
Bukan itu sahaja, mereka turut meminta agar Haliza membetulkan kembali niat asalnya kerana bimbang ibadah yang dilakukannya itu tidak diterima Allah.
Harga kasut RM5,400 sepasang
Malah, netizen menganggap usahawan tersebut begitu riak dan takbur apabila dia memaklumkan kasut yang disarungkannya ketika mengerjakan umrah berharga RM5,400 sepasang. Disebabkan itu, ramai yang meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkannya.
@halizamaysuri Replying to @TerusMelangkah.com ♬ original sound ???? – Idris Shamsuddin
Sumber: TikTok @halizamaysuri
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.