Seorang lelaki ditah4n oleh pihak p0lis selepas disyaki mecabvl kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang diasuh bersama isterinya di Cybersouth Dengkil, Selangor.
Memetik laporan Utusan Malaysia, suspek berusia 25 tahun ditahan setelah pihak p0lis menerima laporan daripada doktor di Hospital Putrajaya kelmarin berhubung seorang pesakit kanak-kanak mengadu s4kit di bahagian kem4luan.
Suspek adalah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dan suspek ditahan di sebuah rumah di Casa View, Cybersouth, Cyberjaya pukul 5 petang tadi.
Wan Kamarul berkata, suspek ditah4n rem4n bagi membantu siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek ialah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu,”ujarnya.
Kesan calar pada kem4luan m4ngsa, namun tiada koy4kan
Dalam pada itu, Wan Kamarul mengatakan laporan doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kem4luan m4ngsa, namun tiada koy4kan.
Katanya lagi, doktor juga tidak dapat mengesahkan punca keceder4an kecil pada kem4luan m4ngsa.
“Siasatan mendapati, m4ngsa mengadu s4kit pada kem4luan selepas diambil dari pengasuh di taska berkenaan pada pukul 6.30 petang Isnin lalu,”katanya lagi.
Pihak polis juga sudah mengambil keterangan daripada ibu mangsa dan mengesahkan telah menghantar kanak-kanak itu ke rumah pengasuhnya sebelum mendedahkan dic4bul oleh suami pengasuh.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan perbualan seorang kanak-kanak perempuan dua tahun kepada ibunya yang memaklumkan dia dic4bul ketika berada di taska.
Pendedahan dibuat oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad di laman Instagram milikinya dengan mengatakan insiden itu membabitkan anak kepada stafnya.
View this post on Instagram
Sumber: Utusan Malaysia (Mohd. Husni Mohd. Noor), Instagram @hafizmahamad
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.