Pernah Jumpa, Anzalna Nasir Puji Ibu Mentua Puteri Sarah

Baru-baru ini, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail memuat naik perkongsian bahawa perkahwinan anak dan menantunya, Puteri Sarah  mendapat restu sepenuhnya daripada keluarga.

Malah, Datin Fatimah dilihat ada memuat naik perkongsian terbaru meluahkan rasa sedih serta mengatakan tangan kejam cuba memisahkan cucu-cucunya dengan bapa mereka.

Perkongsian Datin Fatimah itu turut mendapat perhatian pelakon Anzalna Nasir yang berkongsikan pengalaman pertama kali bertemu dengan Datin Fatimah serta memuji isteri kepada pengarah terkenal itu.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Anzalna berkata Puteri Sarah sangat bertuah mempunyai ibu mentua yang baik hati serta pemurah.

Terdahulu, hangat diperkatakan kembali mengenai rumah tangga Puteri Sarah apabila aktres itu mendedahkan mesej diterima daripada mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan Ira Kazar. 

Sumber : Astro Gempak

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *