Lufya nasihat Puteri Sarah fikir diri sendiri – “Dulu aku suruh kau bertahan kan”

Pelakon Lufya Omar sebelum ini pernah menasihati rakan artis, Puteri Sarah Liyana untuk mempertahankan rumah tangga berhubung kehadiran orang ketiga sehingga mengalami pergol4kan.

Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu kini berharap Puteri Sarah mampu membuat keputusan terbaik untuk kebahagiaan diri sendiri sebelum memikirkan tentang orang lain.

Lufya menitipkan pesanan tersebut menerusi ruangan komen sebuah hantaran dimuat naik oleh isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu di laman Instagram baru-baru ini.

“Dulu aku suruh kau bertahan kan, sekarang aku rasa.. kau dah kena buat keputusan untuk kebahagiaan diri kau sendiri dulu baru fikirkan yang lain,” tulis Lufya.

Pelakon drama Bila Hati Telah Hitam itu berkata, Puteri Sarah selayaknya menjalani kebahagiaan dengan individu yang lebih tahu menghargai dan bukannya terus merana berdepan hubungan penuh konflik.

“Dulu aku suruh kau bertahan kan…”

“Sampai bila nak merana kan. Awak berhak bahagia dengan seseorang yang boleh menghargai,” katanya lagi.

Malah, rata-rata pengikut lain turut bersetuju dengan kenyataan Lufya bahawa Puteri Sarah perlu ‘move on’ untuk mencari kebahagiaan bersama anak-anak dan bukan menyakiti hati sendiri yang berpunca daripada orang lain.

Setuju! Moga ada jalan terbaik

‘Move on’ dari s4kit hati

Terdahulu, Puteri Sarah menghasilkan video seolah-olah parodi memaparkan dirinya meletakkan syarat untuk suami yang mahu berkahwin lagi dengan menggunakan audio di aplikasi TikTok.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *