Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong tampil menjadi saksi untuk kali kedua bagi kes perbicaraan kes g4ngguan seksval pendakwah selebriti, Ebit Lew yang diadakan di M4hkamah Majistret Tenom Sabah.
Pengadu tak pernah beritahu
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Zahid Zakaria ketika sesi pemeriksaan semula kes gangguan seksval Ebit Lew, Firdaus menyatakan dia tidak mengetahui sama ada ‘pengadu’ ada menghantar foto luc4h kepada Ebit Lew atau tidak.
Malah, individu berkenaan tidak pernah memberitahunya serta dia juga tidak pernah bertanya mengenai perkara terbabit.
Beliau (pengadu) memang tidak pernah memberitahu kepada saya.
Malahan saya juga tidak bertanya kepada beliau dan ini kali pertama saya melihat gambar berkenaan.
Saya juga tidak boleh pastikan sama ada gambar lucah itu adalah gambar pengadu (identiti tidak didedahkan) atau orang lain.
Dalam pada itu, dia turut memaklumkan kepada Mahkamah bahawa kumpulan WhatsApp ‘NOBODY’ yang diwujudkannya itu sudah tidak aktif lagi kerana semua aduan mangsa sudah dikendali oleh pihak polis.
Sumber : Harian Metro